APA ITU STRESS??

Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxiety,kemurungan dan hilang daya.

Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.

Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.

Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diriseseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yangdicipta dalam dirinya sendiri.

Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain.

Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagiaan dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

Faktor persepsi adalah penting dan misteri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain.

Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindak balas yang berbeza.

Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan di sebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.

Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri sendiri.

Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kita sendiri.

Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang mengelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri.

Stress juga merupakan sesuatu yang boleh dikawal dan boleh berakhir dengan kebaikan sekiranya pandai mengawal dan mengamalkan cara-cara menanganinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kebaikan Stress

Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri.Ianya merangsang diri untuk bertindak.

Hormon adrenalin dan rangkaian hormon-hormon lain merangsang tubuh untuk bersedia sama ada untuk melawan atau lari.

Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber, dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya.

Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan memerlukan penekanan pada diri.

Rahsia kejayaan adalah membentuk imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau leka.

Tanpa kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar menjadi stress yang memudaratkan.

Jadi reaksi stress itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepada stress.

Pengendaliannya untuk menentukan sama ada ia menjadi dorongan yang kreatif atau musuh yang merosakkan diri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keburukan Stress

Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram.

Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan.

Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini adalahkerana persepsi diri ke atas aspek-aspek kehidupan akan terjejas.

Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal.

Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap di tengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran billkerana terpaksa menunggu lama.

Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terusbergantung kepadanya tampa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahun berlalu.

Di sini anxieti, kemarahan,perasaan bersalah dan ketakutan adalah manifestasi stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita.

Contoh stress seperti ini ialah perasaan keciwa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam diri kita.

Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dalam diri, kebahagiaan dan kesihatan.